Thursday 10 March 2011

I'm going to apply for DPLI!!!!
hari pertama masuk sekolah
tak pandai membaca mengira
tetapi cikgu begitu tabah
mengajar kami sungguh-sungguh

bermula ABC sampai Z
hitung satu sampai sepuluh
barulah ejaan dan kira-kira
kami belajar dengan lancar

berkat kesabaran guru bijaksana
mengajar kami bersungguh-sungguh
hari demi hari kami pun mengerti
pelajaran nilainya tinggi

kami ingat setiap masa
masa cikgu mendidik bangsa
sambutlah ini ucapan kami
terima kasih cikgu..

semasa menaip lagu ni, tiba-tiba i teringat time jadi cikgu ganti di SK Punang, Lawas..i menggantikan seorang guru yang mengikuti kursus selama 3 bulan..Jadi i ambil alih tugas cikgu tersebut selama 3 bulan, dari feb 2009-hujung mei 2009..jadi, i ajar subjek sains(year 2-5),kajian tempatan(year 5),pjk(year 6) and music(year 3).Di antara 4 subjek tersebut, i lebih enjoy ajar music..i suka nyanyi..hehe..lagipun budak-budak darjah 3 tu pun suka sangat bila dah sampai masa untuk subjek muzik..so, memandangkan i masih ada lagi untuk sambutan hari guru, i suruhlah budak-budak tu nyanyi lagu ni..semangat giler dorang..budak-budak ni, i suruh nyanyi elok-elok, dorang pula menjerit..rindu lah dengan dorang..yang lucunya, time dorang buat persembahan tu, boleh2 pula i silap susunkan dorang, maksud i perkataan yang dorang pegang..setiap seorang kena pegang 1 huruf..T E R I M A K A S I H C I K G U..skali dorang naik pentas, jadi macam ni pula..U G K I C H I S A K A M I R E T..waaa...memang malu i time tu..terpaksa i naik atas stage dan atur balik susunan huruf tu..yang lebih lucu, sempat lagi sorang budak ni tegur i sebab silap i tu..hahaha..doakan i supaya i boleh jadi seorang cikgu k..

~u r the music in me~


No comments:

Post a Comment