Tuesday 16 October 2012

Ketika itu..


Gambar ni di ambil tahun 2006 @ 2007. Masih slim lagi, walaupun time nie rasa dah gemuk dah. 
Tapi kalau dibanding sekarang, memang saiz sekarang nie jauuuhhhh lebih besar. 

 2007, annual dinner PERKASA.

Selimmnya saya time ini.
Tak sabar nak start HL.
Kalau boleh start bulan nie kan beshhh.
Tapi tak boleh, birthday cik Viva bulan nie, kena celebrate.

tadaaa...
haha..akibat tidak menggunakan sebarang krim2 atau sunblock..
.
.
.
.
.
hehe..penutup untuk hari nie..
dia sungguhlah encem..

Friday 12 October 2012

Herbalife

woww..herbalife..Bilalah dapat beli produk herbalife nie. Mahal yang teramat sangat. Actually lama dah dengar keberkesanan produk nie. Dan dah lama juga dah menyimpan niat untuk beli produk nie. 

Semalam, ada kawan dari Kuching datang. Kebetulan dia nie pun pengedar produk nie. So, ada peluang keemasan untuk bertanyakan banyak soalan kepada dia. 

Dan, semalam juga saya dapat peluang untuk menimbang berat badan. Keputusannya adalah amat mengejutkan..62.4kg..huhuhu..sedih..berat ideal untuk saya ialah 40kg. Tu berat time sekolah menengah tu. huhu..ingatkan 50kg memang berat yg sesuai untuk saya, tetapi terover 10kg pula.

Jadi, memandangkan tak ada bajet untuk beli produk HL setakat nie, saya just register sebagai member jer lah malam tadi. So, hujung tahun nie, boleh beli HL dengan 25% less..Buat sementara waktu nie, nampaknya terpaksalah teruskan dengan diet tanpa nasi. huhuhu...





bestnya kalau ada orang sponsor HL untuk saya..untuk satu bulan jer..huhu



Wednesday 10 October 2012

Update dietku..

Masuk hari nie dah 19 hari saya tak makan nasi. 81 hari lagi tinggal. Tapi, setakat nie macam belum ada perubahan lagi. Perut masih saiz yg sama, begitu juga bahagian-bahagian lain. Arrgghh, krismas tinggal beberapa minggu lagi.

Actually kan, sebelum nie saya memang pernah mengamalkan diet ni, 100 hari tanpa nasi. Makan sayur dengan lauk saja, dan memang berkesan. Tapi itu kisah tiga tahun yang lalu. Ketika diri ini masih muda lagi. Sekarang ni usia sudah semakin jauh, dan adakah tubuh ini mampu untuk menjalani diet yang seperti ini.

Kalau di suruh bersukan memang awal-awal lagi saya angkat tangan, surrender geng. Kalau memang jenis yang liat bersukan nie, memang payah sikit. Harap-haraplah tanpa bersukan, saya dapat turunkan berat badan nie sekurang-kurangnya 5kg sebelum krismas ni.

Ada kawan cakap, jangan makan sebelah petang. Gerenti boleh hilang 3-4kg. Alahai, macam mana lah tak makan sebelah petang. Balik kerja, singgah Giant, beli sayur, beli ayam. Sampai rumah, simpan hbag dulu, then terus masuk dapur. Ketang ketung ketang ketung kat dapur, masak.. Sambil masak, sambil rasa. Kan ada pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Begitulah juga makanan yang saya makan itewww..

Apa-apa pun, saya akan terus berusaha untuk mencapai MATLAMAT saya itu. 50kg sebelum krismas..