Showing posts with label rohani. Show all posts
Showing posts with label rohani. Show all posts

Thursday, 7 March 2013

Please Pray for Sabah

DESAKAN PANGGILAN DOA UNTUK BERPUASA DAN BERDOA DARI SABAH

1. Militan-militan Sulu menggunakan ilmu hitam untuk perlindungan dan dikatakan mampu “melesapkan diri” dan “kebal peluru”. Doakan supaya ikatan roh dan penguasa-penguasa jahat yang cuba mengawal dan mempengaruhi keadaan dihancurkan. Doakan “kepala ular” tersebut supaya dikelar. Biarlah nama Yesus diistiharkan di seluruh Sabah kerana Dialah Singa dari Yehuda, dan Dia akan memerintah.

2. Doakan pasukan-pasukan keselamatan kita – supaya mereka dapat mencari militan-militan Sulu dan dilindungi oleh kuasa-kuasa roh jahat yang cuba mencederakan mereka dan orang-orang Sabah. Kita bersyukur kepada Allah atas pasukan-pasukan keselamatan yang berarak di barisan hadapan mempertaruhkan nyawa untuk bangsa. Doakan supaya mereka lengkap dengan kebijaksanaan dan belas kasihan, dan pada masa yang sama kekal kukuh dan tegas membanteras kesemua militan. Doakan keselamatan mereka.

3. Doakan terhadap tindak-tanduk penyokong-penyokong Sulu dan kubu-kubu pengganas yang melindungi militan-militan, dan yang dipaksa untuk menolong mereka. Doakan supaya penyokong-penyokong Sulu ini tidak bertambah kerana ini akan menjejaskan imej kebanyakan orang Filipina yang berada di Sabah yang lebih sukakan keamanan. Doakan supaya orang-orang Filipina yang tinggal di Sabah dilindungi oleh sebarang tindakan emosi dari orang-orang Sabah sendiri. Doakan orang-orang Sabah supaya kekal rasional dan memahami keadaan – terus mengambil berat akan teman-teman yang berwarganegara Filipina.

4. Doakan orang-orang kampung yang terpaksa ditempatkan semula hasil dari operasi ketenteraan. Doakan kesejahteraan mereka. Doakan supaya akan ada ramai orang yang akan mencari inisiatif untuk memenuhi keperluan mereka pada saat-saat getir sebegini. Doakan supaya Gereja –gereja akan bangkit pada saat-saat sedemikian rupa membantu orang-orang kampung, dan gereja dan jemaah menjadi tempat perlindungan, dan bukan hanya berfikir tentang keselamatan jemaah-jemaah itu sendiri.

5. Doakan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak – untuk hikmat dan kepimpinannya. Beliau memerlukan penasihat yang tepat pada saat ini, mengenalpasti kesilapan yang lampau terutama sekali tentang hal pemberian kerakyatan yang tidak berlandaskan undang-undang yamg berlaku pada masa tampok pemerintahan yang sebelumnya. Doakan supaya beliau akan menerima sokongan, dan beliau mampu melaksanakan tindakan yang seharusnya. Peringatan bagi kita semua bahawa “hati raja berada dalam genggaman Tuhan” – jadi mari kita berdoa supaya Perdana Menteri kita mampu mengatasi isu ini dengan jayanya melalui belas kasihan dan hikmat yang terbaik.

6. Doakan sempadan-sempadan negara – kita menghadapi peperangan alam roh – Doakan sempadan Malaysia-Thailand (yang tahap keselamatan telah diperkuatkan) supaya dilindungi oleh puak-puak pemisah Thai, dan doakan juga sempadan negara diperairan Selat Melaka juga. Doakan seluruh perairan sempadan Sabah – untuk perlindungan daripada ditembusi oleh militan-militan Sulu.

7. Doakan keluarga-keluarga yang terlibat dan telah kehilangan insan yang disayangi. Doakan untuk penghiburan dan sokongan kepada mereka. Satukan hati dan doa kita kepada mereka yang terkorban dalam melindungi kedaulatan negara.

Jangan kita leka akan ketidaksamaan yang kita ada dan menganggap isu ini bukan masalah kita hanya kerana kita tinggal beribu batu dari tempat pertempuran. Allah ada rancangan untuk bangsa kita – mari kita berlutut, dan ini masanya untuk kita berpuasa dan berdoa, dan biarlah kehendak Allah digenapkan dan KerajaanNya turun.

Wednesday, 23 February 2011

KEWANGAN YANG SIHAT

Sebab siapakah di antara kamu yang kalau mau mendirikan sebuah menara tidak duduk dahulu membuat anggaran biayanya, kalau-kalau cukup uangnya untuk menyelesaikan pekerjaan itu? Supaya jikalau ia sudah meletakkan dasarnya dan tidak dapat menyelesaikannya, jangan-jangan semua orang yang melihatnya, mengejek dia, sambil berkata: Orang itu mulai mendirikan, tetapi ia tidak sanggup menyelesaikannyaLukas 14:28-30

Siapa yang tidak pernah menghadapi masalah kewangan? Semestinya semua kita semua pernah berhadapan dengan masalah ini. Seboleh-bolehnya kita berusaha untuk menghindari supaya tidak dibebani dengan hutang. Dalam firman Tuhan sendiri mengajar kita agar tidak berhutang, Roma 13:8,"Janganlah kamu berhutang apa-apa kepada siapapun juga, tetapi hendaklah kamu saling mengasihi. Sebab barangsiapa mengasihi sesamanya manusia, ia sudah memenuhi hukum Taurat.

Mari kita belajar untuk mengurus kewangan kita. Tapi, sebelum itu, ada beberapa hal yang harus kita ingat dan lakukan:-
1. Berdoa dan mengucap syukur untuk berkat yang sudah Tuhan berikan (Mar 6:41).
Sebesar atau sekecil apapun berkat yang kita terima patut disyukuri.

2. Kembalikan persepuluhan, karena ini adalah milik Tuhan (Mal 3:10-11)
Belajar memprioritaskan persepuluhan ketika kita menerima berkat dariNya.

3. Belajar untuk memberi (Luk 6:38)
Memberi adalah salah satu kunci berkat. Jadilah saluran berkat bagi orang lain juga.

Berikut beberapa tips untuk mengatur kewangan Anda :

1. Buat anggaran keperluan
Buatlah anggaran semua keperluan anda untuk tempoh 1 minggu atau 1 bulan (sesuaikan dengan tempoh pemasukan/gaji Anda). Jangan membuat anggaran yang melebihi dari gaji anda.

2. Potong setiap pengeluaran yang tidak perlu
Setiap pengeluaran yang dilakukan harus sesuai dengan anggaran yang dibuat. Jangan membuat pengeluaran di luar anggaran Anda.
Ingat bahwa keperluan berbeza dengan keinginan. Kita harus belajar untuk mengesampingkan keinginan dahulu agar kewangan kita dapat dipulihkan. Anda akan tetap hidup jika keinginan tidak terpenuhi. Akan ada waktunya dimana keinginan Anda akan diberikan oleh Tuhan.

3. Catat setiap pengeluaran
Ini mungkin hal yang leceh. Tetapi ketika hal ini dilakukan, maka kita dapat memantau setiap sen dari pengeluaran kita. Akan banyak hal-hal yang tidak kita sadari dapat terungkap melalui catatan tersebut. Seringkali ditemukan bahwa ternyata pengeluaran yang kecil-kecil dapat menghabiskan anggaran kita. 

4. Evaluasi pengeluaran
Lakukan evaluasi tiap akhir bulan untuk pengeluaran-pengeluaran yang telah dilakukan. Ada beberapa pengeluaran yang tidak penting yang dapat kita potong, misal jalan-jalan atau rekreasi, cukup satu kali dalam sebulan, jangan berlebihan.

Barangsiapa setia dalam perkara-perkara kecil, ia setia juga dalam perkara-perkara besar Luk 16:10a. Marilah kita belajar untuk menjadi orang yang dapat dipercaya oleh Tuhan. Setiap harta kekayaan yang kita miliki adalah titipan Tuhan bagi kita, dan Dia ingin agar kita dapat mengelolanya dengan baik. Jika kita setia, maka Tuhan akan senantiasa mempercayakan perkara yang jauh lebih besar lagi.


sumber: Pelita Hidup

~u r the music in me~