Thursday 17 January 2013

Pernahkah kau bermimpi....?

pernahkah kau bermimpi
seketika
berada di tempatku..

bukan nak berahsia atau apa, suma nak cerita pasal mimpi. Dulu time budak-budak, saya suka tengok cerita cina yang ditayangkan di tv2 setiap pukul 6pm. Ada satu cerita yang masih segar di ingatan. Tentang 2 adik-beradik, lelaki dan perempuan, abang & adik yang terpisah akibat satu kemalangan. Apabila sudah dewasa, mereka berjumpa kembali tanpa mengetahui bahawa mereka adalah adik-beradik, dan jatuh cinta. Semenjak itu si adik selalu mendapat mimpi tentang sebuah rumah yang terbakar. Setelah diselidiki, rupa-rupanya, rumah yang terbakar itu ialah rumah mereka dan mereka terpisah pun kerana kejadian tersebut. 

Siapa yang tidak pernah bermimpi semasa tidur? Semua orang mesti pernah bermimpi kan. Teringat masa budak-budak juga, bila bercerita pasal mimpi, adik yang bongsu akan berkata,'Saya tak mimpi apa-apa pun.Gelap saja saya tengok.' Haha. Alkisahnya begini, 2 tahun lepas saya telah bercouple dengan senior saya time sekolah menengah dulu. Tapi sayang, hanya bertahan untuk tempoh waktu yang singkat saja. Tapi sejak berjumpa balik si ex ni, saya selalu bermimpi keadaan semasa di sekolah menengah dulu. Dalam mimpi jugalah saya berjumpa kawan-kawan seasrama, sekelas. Dan sampai sekarang, kebanyakkan mimpi-mimpi yang dialami adalah bersuasanakan alam persekolahan dulu.

Satu lagi, saya selalu juga bermimpi tentang persiapan sebelum peperiksaan. Dan subjek yang selalu muncul ialah MATEMATIK. Memang gelabah betul, bila belum bersedia. Tapi syukur semuanya hanyalah mimpi belaka. haha. 

Mungkin saya mengalami keadaan yang menyeronokkan semasa bersekolah dulu. DIAKUI..:)
Pasal subjek pula, mungkin saya kecewa sangat dengan keputusan subjek tersebut time di matrik & di universiti. Time SPM, perkara yang paling mengejutkan ialah, apabila mendapat 2A dalam subjek add math. Memang tidak disangka betul, dari awal tahun sampai ujian percubaan rasanya, hanya beberapa kali saja dapat pen biru, yang lain pen merah saja. 

Suka mimpi yang best-best saja.  Tapi tak suka mimpi ular atau kena kejar atau mengejar atau apa-apa saja situasi yang sama dengan di atas. Bukan apa, penat weiii bangun pagi. Tak cukup tidur jadinya..




Tuesday 15 January 2013

PTPTN

Ada kawan-kawan menggelarkan PTPTN sebagai PTPTipu. Tapi saya sangat bersyukur dengan adanya PTPTN. Dengan PTPTN saya dapat menyelesaikan pengajian saya selama 4 tahun di UMP. Dengan PTPTN saya tidak perlu risau memikirkan cara untuk membayar yuran-yuran sepanjang pengajian saya. Jadi tidak ada masalah bagi saya untuk membayar balik pinjaman selepas saya bekerja. Saya hairan mengapa ada sebilangan peminjam-peminjam PTPTN ini tidak mahu membayar pinjaman mereka.

Membayar semula pinjaman bukanlah perkara yang menyeronokkan. Lagi-lagi apabila gaji pertama adalah amat sedikit, cukup-cukup makan sahaja. Situasi saya pula, selepas tamat pengajian, saya tidak terus bekerja, tetapi menganggur selama 1 tahun. Dan kesilapan saya adalah tidak menghantar borang/surat yang mengatakan saya belum bekerja.

Jadi, pembayaran pertama saya adalah selepas setahun lebih dari hari saya tamat belajar..:) Jumlah yang di bayar pun tidak banyak, adalah dalam 50, 100. Tapi itu pun bukan dilakukan setiap bulan. hehe.

Oktober 2011, nama saya telah disenarai hitamkan untuk keluar negara oleh imigresen. Tapi saya tak kisah pun, sebab memang sampai  bila-bila pun saya tak akan keluar negara. Cuma yang membimbangkan ialah, untuk melepasi sempadan brunei-malaysia sahaja. Tapi, seperti biasa saya tidak ambil peduli juga sehinggalah bos memberitahu bahawa dia akan menghantar kami ke luar negara untuk berjalan-jalan(makan angin). Bermula dari situ terbit kerisauan di hati ini. haha. Jadi, saya pun mula mencari di internet cara-cara untuk mengeluarkan nama dari disenarai hitamkan. Setelah mendapat beberapa info yang amat-amat berguna, saya mula menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Hanya satu saja jalan yang boleh saya ambil, iatu menggunakan wang simpanann KWSP. Setelah menghubungi pihak PTPTN, mereka mahu supaya saya menghantar surat permohonan menarik balik nama dari disenarai hitamkan. Selepas seminggu, saya diberitahu bahawa saya perlu membayar sebanyak 3+++ dan setiap bulan perlu membayar 200 secara SI. Jadi saya bersetuju dan mengeluarkan 5k dari akaun 2 KWSP.

Proses mengeluarkan simpanan KWSP adalah sangat leceh apabila anda tidak mempunyai dokumen-dokumen yang perlu. Situasi saya pula, masa menandatangani perjanjian pinjaman, nama kolej adalah Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia. Saya tidak ingat tahun berapa KUKTEM telah ditukar kepada UMP. Jadi surat akuan tamat pengajian adalah menggunakan nama UMP. Jadi di situ timbul lagi masalah. KWSP mahu surat penjelasan kenapa KUKTEM ditukar kepada UMP. Kedua, course saya juga ada perubahan dari surat perjanjian pinjaman. Dalam surat perjanjian course saya ialah kejuruteraan awam dengan alam sekitar. Jadi PTPTN mahu surat penjelasan juga. Jadi saya perlu menyediakan salah satu bukti/surat berkenaan 2 perkara tersebut. Syukur kerana saya masih menyimpan surat tawaran kedua iaitu menggunakan nama UMP dan menjelaskan bahawa course saya ditukar kepada Kejuruteraan Awam.
Selesai menyediakan semua dokumen yang diperlukan, saya terus menyerahkan kepada pegawai yang bertugas, dan sekali lagi saya beryukur kerana pegawai tersebut sangat membantu saya. Setelah 3 hari, saya menyemak penyata kwsp, 5k sudah ditolak dari akaun 2. Wang tersebut akan terus dibayar kepada PTPTN ya.

Setelah urusan dengan PTPTN selesai, semak website imigresen, yeaayyy, boleh ke luar negara dengan gembiranya. Nasib baik lah bos hantar pergi melancong, kalau tidak, sampai ke hari ini pun memang tidak akan diuruskan. Jadi, pengajaran dan pembelajarannya di sini, cepat-cepat bayar hutang selepas dah dapat kerja, dan simpan dokumen-dokumen penting dengan sebaik-baiknya.

Walaupun telah disenarai hitamkan, saya tetap berterima kasih kepada PTPTN. Apa yang berlaku pun sebab salah diri sendiri.

Jadi, jangan merungut bila bayar pinjaman tu ya. Ingatlah saat-saat bila kita tahu duit pinjaman dah masuk dalam akaun satu ketika dahulu. hahaha




Friday 4 January 2013

welcome 2013

Welcome 2013!!!

yeayyy..belum kiamat lagi..hehe

azam baru?
azam last year dah tercapai kee?
azam last year, hanya 1 yg dah berjaya di capai..
yang lain, msh berusaha lagi..
so, untuk azam no.2 dan no.3, masih di teruskan utk tahun ini.

untuk progrem diet i..
jangka masa pendek punya berat ye..
by end of this month..
55kg.

skrg berat dah 59.1 kg,
perlu kurangkan 4.1kg lagi..
ohh..harap-harap sepanjang bulan nie janganlah hujan di waktu petang ya..
hujanlah di tengah malam sahaja..

sepanjang krismas hari tu,
sya dah berjaya mengurangkan sebanyak 0.9kg..
walau sedikit, tetapi bersyukur sangat kerana berat tak naik..
opkoslah telan air liur sajalah time makan2 tu..
no more figure 6 ..