DESAKAN PANGGILAN DOA UNTUK BERPUASA DAN BERDOA DARI SABAH
1. Militan-militan Sulu menggunakan ilmu hitam untuk perlindungan dan
dikatakan mampu “melesapkan diri” dan “kebal peluru”. Doakan supaya
ikatan roh dan penguasa-penguasa jahat yang cuba mengawal dan
mempengaruhi keadaan dihancurkan. Doakan “kepala ular” tersebut supaya
dikelar. Biarlah nama Yesus diistiharkan di seluruh Sabah kerana Dialah
Singa dari Yehuda, dan Dia akan memerintah.
2. Doakan
pasukan-pasukan keselamatan kita – supaya mereka dapat mencari
militan-militan Sulu dan dilindungi oleh kuasa-kuasa roh jahat yang cuba
mencederakan mereka dan orang-orang Sabah. Kita bersyukur kepada Allah
atas pasukan-pasukan keselamatan yang berarak di barisan hadapan
mempertaruhkan nyawa untuk bangsa. Doakan supaya mereka lengkap dengan
kebijaksanaan dan belas kasihan, dan pada masa yang sama kekal kukuh dan
tegas membanteras kesemua militan. Doakan keselamatan mereka.
3. Doakan terhadap tindak-tanduk penyokong-penyokong Sulu dan kubu-kubu
pengganas yang melindungi militan-militan, dan yang dipaksa untuk
menolong mereka. Doakan supaya penyokong-penyokong Sulu ini tidak
bertambah kerana ini akan menjejaskan imej kebanyakan orang Filipina
yang berada di Sabah yang lebih sukakan keamanan. Doakan supaya
orang-orang Filipina yang tinggal di Sabah dilindungi oleh sebarang
tindakan emosi dari orang-orang Sabah sendiri. Doakan orang-orang Sabah
supaya kekal rasional dan memahami keadaan – terus mengambil berat akan
teman-teman yang berwarganegara Filipina.
4. Doakan
orang-orang kampung yang terpaksa ditempatkan semula hasil dari operasi
ketenteraan. Doakan kesejahteraan mereka. Doakan supaya akan ada ramai
orang yang akan mencari inisiatif untuk memenuhi keperluan mereka pada
saat-saat getir sebegini. Doakan supaya Gereja –gereja akan bangkit pada
saat-saat sedemikian rupa membantu orang-orang kampung, dan gereja dan
jemaah menjadi tempat perlindungan, dan bukan hanya berfikir tentang
keselamatan jemaah-jemaah itu sendiri.
5. Doakan Perdana
Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak – untuk hikmat dan
kepimpinannya. Beliau memerlukan penasihat yang tepat pada saat ini,
mengenalpasti kesilapan yang lampau terutama sekali tentang hal
pemberian kerakyatan yang tidak berlandaskan undang-undang yamg berlaku
pada masa tampok pemerintahan yang sebelumnya. Doakan supaya beliau akan
menerima sokongan, dan beliau mampu melaksanakan tindakan yang
seharusnya. Peringatan bagi kita semua bahawa “hati raja berada dalam
genggaman Tuhan” – jadi mari kita berdoa supaya Perdana Menteri kita
mampu mengatasi isu ini dengan jayanya melalui belas kasihan dan hikmat
yang terbaik.
6. Doakan sempadan-sempadan negara – kita
menghadapi peperangan alam roh – Doakan sempadan Malaysia-Thailand (yang
tahap keselamatan telah diperkuatkan) supaya dilindungi oleh puak-puak
pemisah Thai, dan doakan juga sempadan negara diperairan Selat Melaka
juga. Doakan seluruh perairan sempadan Sabah – untuk perlindungan
daripada ditembusi oleh militan-militan Sulu.
7. Doakan
keluarga-keluarga yang terlibat dan telah kehilangan insan yang
disayangi. Doakan untuk penghiburan dan sokongan kepada mereka. Satukan
hati dan doa kita kepada mereka yang terkorban dalam melindungi
kedaulatan negara.
Jangan kita leka akan ketidaksamaan yang
kita ada dan menganggap isu ini bukan masalah kita hanya kerana kita
tinggal beribu batu dari tempat pertempuran. Allah ada rancangan untuk
bangsa kita – mari kita berlutut, dan ini masanya untuk kita berpuasa
dan berdoa, dan biarlah kehendak Allah digenapkan dan KerajaanNya turun.