Wednesday 27 July 2011

menanti sang suria terbit tatkala ia terbenam

Indah ciptaan Tuhan. Sepatutnya kita perlu mensyukuri ciptaan Tuhan yang indah ini. The picture was taken last Sunday at Tanjung Aru Beach. Ramai orang datang untuk beriadah. Ada yang datang bersama dengan keluarga, pasangan, dan juga kawan-kawan. Memang seronok jika dapat menghabiskan waktu hujung minggu di pantai. Saya pula, seperti biasa, keseorangan. Selepas membeli jambu batu, saya akan duduk dan memerhatikan gelagat para pengunjung. Paling seronok dapat melihat ibu bapa bersama anak-anak mereka bersama-sama bermain di pantai, mengambil gambar bersama-sama dan juga menemankan anak mereka bermandi-manda. Kadang-kadang, saya terfikir, bagaimana kehidupan saya selepas berkeluarga. Adakah saya dapat meluangkan masa bersama-sama anak-anak dan suami. Mampukah saya menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Tapi yang pasti, saya akan berusaha melakukan yang terbaik untuk keluarga saya. Sempatkah saya menjalani kehidupan yang sebegitu? 

Sesibuk mana pun kita, luangkanlah masa untuk bersama orang-orang yang tersayang. Mereka berhak mendapatkan perhatian dan kasih sayang kita. Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari...

Mungkin hari ini kita masih sempat melihat terbenamnya sang suria itu..tapi, siapa tahu kita tidak mempunyai kesempatan untuk melihat terbitnya sang suria itu...

No comments:

Post a Comment