Thursday 7 March 2013

Please Pray for Sabah

DESAKAN PANGGILAN DOA UNTUK BERPUASA DAN BERDOA DARI SABAH

1. Militan-militan Sulu menggunakan ilmu hitam untuk perlindungan dan dikatakan mampu “melesapkan diri” dan “kebal peluru”. Doakan supaya ikatan roh dan penguasa-penguasa jahat yang cuba mengawal dan mempengaruhi keadaan dihancurkan. Doakan “kepala ular” tersebut supaya dikelar. Biarlah nama Yesus diistiharkan di seluruh Sabah kerana Dialah Singa dari Yehuda, dan Dia akan memerintah.

2. Doakan pasukan-pasukan keselamatan kita – supaya mereka dapat mencari militan-militan Sulu dan dilindungi oleh kuasa-kuasa roh jahat yang cuba mencederakan mereka dan orang-orang Sabah. Kita bersyukur kepada Allah atas pasukan-pasukan keselamatan yang berarak di barisan hadapan mempertaruhkan nyawa untuk bangsa. Doakan supaya mereka lengkap dengan kebijaksanaan dan belas kasihan, dan pada masa yang sama kekal kukuh dan tegas membanteras kesemua militan. Doakan keselamatan mereka.

3. Doakan terhadap tindak-tanduk penyokong-penyokong Sulu dan kubu-kubu pengganas yang melindungi militan-militan, dan yang dipaksa untuk menolong mereka. Doakan supaya penyokong-penyokong Sulu ini tidak bertambah kerana ini akan menjejaskan imej kebanyakan orang Filipina yang berada di Sabah yang lebih sukakan keamanan. Doakan supaya orang-orang Filipina yang tinggal di Sabah dilindungi oleh sebarang tindakan emosi dari orang-orang Sabah sendiri. Doakan orang-orang Sabah supaya kekal rasional dan memahami keadaan – terus mengambil berat akan teman-teman yang berwarganegara Filipina.

4. Doakan orang-orang kampung yang terpaksa ditempatkan semula hasil dari operasi ketenteraan. Doakan kesejahteraan mereka. Doakan supaya akan ada ramai orang yang akan mencari inisiatif untuk memenuhi keperluan mereka pada saat-saat getir sebegini. Doakan supaya Gereja –gereja akan bangkit pada saat-saat sedemikian rupa membantu orang-orang kampung, dan gereja dan jemaah menjadi tempat perlindungan, dan bukan hanya berfikir tentang keselamatan jemaah-jemaah itu sendiri.

5. Doakan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak – untuk hikmat dan kepimpinannya. Beliau memerlukan penasihat yang tepat pada saat ini, mengenalpasti kesilapan yang lampau terutama sekali tentang hal pemberian kerakyatan yang tidak berlandaskan undang-undang yamg berlaku pada masa tampok pemerintahan yang sebelumnya. Doakan supaya beliau akan menerima sokongan, dan beliau mampu melaksanakan tindakan yang seharusnya. Peringatan bagi kita semua bahawa “hati raja berada dalam genggaman Tuhan” – jadi mari kita berdoa supaya Perdana Menteri kita mampu mengatasi isu ini dengan jayanya melalui belas kasihan dan hikmat yang terbaik.

6. Doakan sempadan-sempadan negara – kita menghadapi peperangan alam roh – Doakan sempadan Malaysia-Thailand (yang tahap keselamatan telah diperkuatkan) supaya dilindungi oleh puak-puak pemisah Thai, dan doakan juga sempadan negara diperairan Selat Melaka juga. Doakan seluruh perairan sempadan Sabah – untuk perlindungan daripada ditembusi oleh militan-militan Sulu.

7. Doakan keluarga-keluarga yang terlibat dan telah kehilangan insan yang disayangi. Doakan untuk penghiburan dan sokongan kepada mereka. Satukan hati dan doa kita kepada mereka yang terkorban dalam melindungi kedaulatan negara.

Jangan kita leka akan ketidaksamaan yang kita ada dan menganggap isu ini bukan masalah kita hanya kerana kita tinggal beribu batu dari tempat pertempuran. Allah ada rancangan untuk bangsa kita – mari kita berlutut, dan ini masanya untuk kita berpuasa dan berdoa, dan biarlah kehendak Allah digenapkan dan KerajaanNya turun.

No comments:

Post a Comment