Saturday 6 August 2011

~reading is the key to knowledge~

'Membaca jambatan ilmu' merupakan antara slogan kata yang terkenal semasa zaman persekolahan. Membaca merupakan antara kegiatan yang penting dalam kehidupan manusia. Mengapa? Ini kerana melalui pembacaan, banyak pengetahuan yang kita perolehi untuk membangun dan memajukan diri sendiri dan juga masyarakat. Insan yang berbudaya membaca adalah manusia yang berilmu. Banyak faedah yang kita perolehi melalui amalan membaca. Antaranya, kita dapat meningkatkan kemahiran dan kepakaran kita dalam sesuatu bidang, meningkatkan daya pemikiran seseorang, dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah. Selain itu, kita juga dapat mnyebarkan ilmu pengetahuan yang kita perolehi kepada orang lain. Oleh itu, tanamkanlah sikap suka membaca di dalam diri kita kerana masyarakat yang maju adalah masyarakat yang suka membaca. Renung-renungkan, dan selamat mengamalkannya..(^_____^)

haha..skemanya mukadimah saya kali ni..Teringat zaman sekolah dulu. Paling malas nak buat karangan, terutama karangan berformat dan jenis fakta. Bukan setakat subjek matematik saja yang kena ingat segala formula2nya, karangan pun kena ingat juga format2nya. Nasib baik lah lepas juga subjek bm..hehe..

Xtually, saya nak ceta pasal gambar-gambar kat bawah ni..peneman di kala sunyi..heeee..
    1. Rapi
    Saya start baca majalah ni, kalau tak silap dari tahun 2009. Banyak memaparkan info tentang kesihatan. Selain itu, terdapat juga info tentang kecantikan. Saya paling suka bahagian 'Kisah Kejayaan'. Suka bila tengok orang lain boleh  kuruskan badan dengan cara dorang. Ada yang bersenam, diet, tapi semuanya dengan cara yang sihat, bukannya dengan cara sedut-sedut lemak dan sebagainya.

    2. Mingguan Wanita
    Majalah yang ni, memang dah lama baca. Dulu, masa masih sekolah lagi, yang selalu beli majalah ni ialah my daddy. Tapi, untuk dapatkan setiap keluaran tu memang susah lah. Ya lah, kita orang kat kampung, jadi bila turun ke bandar je la dapat beli. Mengadungi info-info yang sangat berguna untuk keluarga. Saya suka bahagian 'Pengakuan Duda'..Hehe..

    3. Harmoni
    Yang ni, baru je start baca. Tak familiar lagi apa sebenarnya isi kandungan majalah ni. Tapi yang pasti, terdapat info mengenai kesihatan. (^.^)

    4. Cleo & Women's Weekly
    Majalah yang memaparkan fesyen-fesyen terkini,kecantikan dan semestinya juga terdapat info kesihatan..






    5. Mengubah Pasangan Tanpa Perkataan
    Buku ini sesuai untuk pasangan yang sudah berumah tangga, dan juga pasangan yang belum mendirikan rumah tangga.
    "Banyak orang berfikir bahawa menikah itu satu-satunya jalan untuk menikmati kebahagiaan. Ini adalah suatu mitos......"
    Not all readers are leaders, but all leaders are readers.

    No comments:

    Post a Comment