Thursday 4 August 2011

Alkisahnya....


Peristiwa ni berlaku tahun lepas. Kalau tak silap saya, berlaku dalam bulan Disember. Sebelum saya beli kereta yang saya pakai sekarang ni, kereta ini lah yang saya pakai pergi kerja, balik lawas dan etc. Dalam family saya, saya sorang saja yang ada lesen. Adik lelaki boleh memandu, tapi takde lesen. Dulu, kalau ada interview di KK, adik saya lah yang akan memandu dari lawas. Tapi bila dah nak sampai Sindumin (sempadan Sabah-Sarawak) saya pula yang kena drive, sebab ada road block. Bila dah lepas imigresen, tukar balik. Berbalik pada gambar di atas, cerita macam ni. Kereta ni, saya baru hantar balik lawas, sebab saya dah ada keta baru. Dah sampai lawas, terus ambik kakak dan adik perempuan dari rumah nenek, dan lepas tu terus balik kampung, balik kejap jaa. Petang tu, kita orang balik lawas lagi. Kali ni, adik perempuan yang drive. Sebelum ni, dia memang ada belajar-belajar juga bawa kereta. Jadi, perjalanan lancar dari kampung ke lawas. Tapi, masalah dia ni, bila sampai kat simpang. Tak pandai nak bagi keta slow and tekan break. Bila dah sampai kat satu simpang (T) ni, dia menggelabah dah. Nasib baik takda keta dari kiri kanan, boleh lah dia terus belok dan akhirnya kami berjaya tiba di rumah dengan selamatnya. 

Sebelah petangnya pula, dalam pukul 5/6pm, saya suruhlah adik saya ni belajar reverse dan parking. Dia memang tak nak dah sebab masih belum hilang lagi nerveous lagi pasal keluar simpang tu. Tapi, saya paksa juga. So, nak tak nak, terpaksalah dia ikut juga cakap kakaknya ni. Ok, bila reverse, masih ok lagi. Saya pun sama-sama dalam keta tu tau. Pastu, saya suruh dia belajar parking pula. Masuk gear 1, perlahan2 lepaskan clutch. Tak tahu lah macam mana,keta tu boleh laju je ke depan. Maybe tertekan minyak kuat sangat. Tak sempat dia nak pusing balik stereng keta, tahu-tahu dah depan tiang dah parking. Masa saya tengok tiang tu, dalam hati ni, 'matilah kali ni'..hahaha..nasib baik tak mati. Adik saya pula terus keluar, and nangis..hahaha..nenek, datuk, kakak suma cepat-cepat keluar. Jiran sebelah pun terkejut juga dengar bunyi hentakan tu..haha..Nasib baik juga tiang rumah tu tak patah kan..Tapi sekarang ni, adik saya dah pandai bawa kereta. Cuma belum ada lesen je lagi..


No comments:

Post a Comment