Wednesday 10 October 2012

Update dietku..

Masuk hari nie dah 19 hari saya tak makan nasi. 81 hari lagi tinggal. Tapi, setakat nie macam belum ada perubahan lagi. Perut masih saiz yg sama, begitu juga bahagian-bahagian lain. Arrgghh, krismas tinggal beberapa minggu lagi.

Actually kan, sebelum nie saya memang pernah mengamalkan diet ni, 100 hari tanpa nasi. Makan sayur dengan lauk saja, dan memang berkesan. Tapi itu kisah tiga tahun yang lalu. Ketika diri ini masih muda lagi. Sekarang ni usia sudah semakin jauh, dan adakah tubuh ini mampu untuk menjalani diet yang seperti ini.

Kalau di suruh bersukan memang awal-awal lagi saya angkat tangan, surrender geng. Kalau memang jenis yang liat bersukan nie, memang payah sikit. Harap-haraplah tanpa bersukan, saya dapat turunkan berat badan nie sekurang-kurangnya 5kg sebelum krismas ni.

Ada kawan cakap, jangan makan sebelah petang. Gerenti boleh hilang 3-4kg. Alahai, macam mana lah tak makan sebelah petang. Balik kerja, singgah Giant, beli sayur, beli ayam. Sampai rumah, simpan hbag dulu, then terus masuk dapur. Ketang ketung ketang ketung kat dapur, masak.. Sambil masak, sambil rasa. Kan ada pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Begitulah juga makanan yang saya makan itewww..

Apa-apa pun, saya akan terus berusaha untuk mencapai MATLAMAT saya itu. 50kg sebelum krismas..


1 comment:

  1. chayok2 busak..
    aku pun tgh on go diet tapi dengan bersukan..
    tahan juak sik makan nasi??
    huh~~

    ReplyDelete