Thursday 17 January 2013

Pernahkah kau bermimpi....?

pernahkah kau bermimpi
seketika
berada di tempatku..

bukan nak berahsia atau apa, suma nak cerita pasal mimpi. Dulu time budak-budak, saya suka tengok cerita cina yang ditayangkan di tv2 setiap pukul 6pm. Ada satu cerita yang masih segar di ingatan. Tentang 2 adik-beradik, lelaki dan perempuan, abang & adik yang terpisah akibat satu kemalangan. Apabila sudah dewasa, mereka berjumpa kembali tanpa mengetahui bahawa mereka adalah adik-beradik, dan jatuh cinta. Semenjak itu si adik selalu mendapat mimpi tentang sebuah rumah yang terbakar. Setelah diselidiki, rupa-rupanya, rumah yang terbakar itu ialah rumah mereka dan mereka terpisah pun kerana kejadian tersebut. 

Siapa yang tidak pernah bermimpi semasa tidur? Semua orang mesti pernah bermimpi kan. Teringat masa budak-budak juga, bila bercerita pasal mimpi, adik yang bongsu akan berkata,'Saya tak mimpi apa-apa pun.Gelap saja saya tengok.' Haha. Alkisahnya begini, 2 tahun lepas saya telah bercouple dengan senior saya time sekolah menengah dulu. Tapi sayang, hanya bertahan untuk tempoh waktu yang singkat saja. Tapi sejak berjumpa balik si ex ni, saya selalu bermimpi keadaan semasa di sekolah menengah dulu. Dalam mimpi jugalah saya berjumpa kawan-kawan seasrama, sekelas. Dan sampai sekarang, kebanyakkan mimpi-mimpi yang dialami adalah bersuasanakan alam persekolahan dulu.

Satu lagi, saya selalu juga bermimpi tentang persiapan sebelum peperiksaan. Dan subjek yang selalu muncul ialah MATEMATIK. Memang gelabah betul, bila belum bersedia. Tapi syukur semuanya hanyalah mimpi belaka. haha. 

Mungkin saya mengalami keadaan yang menyeronokkan semasa bersekolah dulu. DIAKUI..:)
Pasal subjek pula, mungkin saya kecewa sangat dengan keputusan subjek tersebut time di matrik & di universiti. Time SPM, perkara yang paling mengejutkan ialah, apabila mendapat 2A dalam subjek add math. Memang tidak disangka betul, dari awal tahun sampai ujian percubaan rasanya, hanya beberapa kali saja dapat pen biru, yang lain pen merah saja. 

Suka mimpi yang best-best saja.  Tapi tak suka mimpi ular atau kena kejar atau mengejar atau apa-apa saja situasi yang sama dengan di atas. Bukan apa, penat weiii bangun pagi. Tak cukup tidur jadinya..




No comments:

Post a Comment